Wednesday, June 23, 2010

23 Jun 2010

salam...
sebagai membukacerita aku di sini..
ingin aku kongsi kesedihanku
dengan mengatakan ibu saudaraku telah kembali ke Rahmatullah..
tepat jam 4.20 pagi tadi...
marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau..
semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Amin ya rabbal alamin...
pagi tadi sempat la aku,mama,abah dan along pergi ke rumah tok teh untuk menjenguk arwah...
aku seperti tidak percaya bahawa dia tiada lagi di muka bumi ini...
setelah sampai aku perhatikan arwah dari sudut penjuru...
sementara di luar rumah, adiknya sibuk menyediakan keranda...
terlintas di dalam fikiran...
pabila tiba saat aku di tempat ibu saudaraku...
terlintas di fikiran..
apakah cukup sudah persediaan ku kesana kelak..
hanya Allah yang tahu...
sayu rasanya hati ini bila terkenangkan nasib arwah...
dianiaya ibu mertuanya sendiri...
itulah manusia...
hasad dan dengki menguasai segala-galanya...
ibu mana yang tidak mahu melihat kebahagiaan anaknya melainkan ibu yang bertopengkan binatang yang berakalkan syaitan...
yang telah sanggup merobek kebahagiaan anaknya...
yang telah sanggup membuat ank menantunya menderita...
hanya kerana semata-mata tidak suka kepada menantu tersebut....
ya Allah...
menderitanya hidup beliau...
semoga mak cik idah mendapat keampunan daripada Allah...
biarlah dia pergi...
biarkan dia aman disana...
tidak ada lagi penderitaan dalam hidupnya...

begitulah cerita yang ingin aku konsi disini...
sedarlah wahai manusia..
hidup hanya sementara..
di akhirat juga yang kekal abadi...
yang pergi tetap pergi...
takkan kembali..
yang hidup,perlulah meneruskan perjuangan dunia dan akhirat...
wasalam..

No comments:

Post a Comment